Firman Al-lah swt dalam surah Al-A’raf 96, “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.” Manakala dalam surah Al-Jin 16-17, Al-lah berfirman, “Dan bahawasanya, jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberikan minuman kepada mereka air yang segar (rezeki yang banyak). Untuk Kami berikan cubaan kepada mereka dengannya. Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan Tuhannya, niscaya akan dimasukkan ke dalam azab yang amat berat.” Dalam satu hadith pula, “Sesungguhnya Jibril berbisik di telingaku, bahawa jiwa itu tidak akan mati sehingga sempurna rezekinya. Maka bertaqwalah kepada Al-lah dan berbaiklah dalam meminta. Sesungguhnya tidak akan mendapatkan apa-apa yan ada di sisi Al-lah kecuali dengan ketaatan kepadaNya. Sesungguhnya Al-lah menjadikan kegembiran dan ketenangan itu dalam keredhaan dan keyakinan, dan menjadikan kesedihan dan keresahan itu dalam keraguan dan murka.” (dari Abi Umamah). Rujukan: Terapi Penyakit Hati, Ibn Qayyim