BEKALAN JIWA
Sumbangan: Wan Arif
Firman Allah swt;
Maksudnya: "Hendaklah kamu mencari bekalan, sesungguhnya
sebaik-baik bekalan itu ialah taqwa."
Orang-orang yang faham akan hal ini akan bekerja dan berusaha dalam keadaan
sentiasa memandang ke alam Baqa' ini, memandang dan memikirkan apakah
kesudahannya selepas menempuh perjalanan hidup yang begitu jauh. Kemanakah dia
akan sampai? Apakah kesudahannya sampai ke neraka jahannam, maka bencana
baginya amat besar atau kesudahannya ke syurga Jannatul Naim yang sentiasa
dirahmati oleh Allah swt dan di dalam pemeliharaanya.
Sesungguhnya kejahilannya tentang kesudahan dan tempat kembalinya itu
meletakkan dia dalam keadaan takut kepada Alla swt serta penuh harapan bagi
mendapat rahmatnya. Tetapi apa yang harus difahami bahawa takut itu adalah takut
yang lahir daripada orang yang mengenali Allah, bukan orang yang tidak mengenali
Allah. Pengharapan rahmat itu lahir daripada orang yang taat yang melaksanakan
perintah dan tuntutan-tuntutan Allah, bukan daripada orang yang lalai dan
mencuaikan perintah-perintahNya.