Seseorang muslm itu mesti yakin bahawa menjaga dan memelihara akal dengan ilmu dan mempergunakan akalnya untuk mencari nikmat Allah adalah satu perkara yang wajib kerana RSAW bersbda: "Mencari ilmu adalah wajib ke atas setiap muslm.” (HR Ibn Majah) Ringkasnya, seseorang muslm itu wajib: 1. berusaha memelihara akalnya dengan ilmu dan makrifat 2. memeliharanya dengan terus-menerus, tidak berhenti selagi hayat dikandung badan, selagi jantung masih berdenyut. Hujah diatas diperkuatkan lagi dengan firman ASWT yang memerintahkan agar kita terus-menerus di dalam menuntut ilmu dan Dialah yg meninggikan darjah ‘ulama (orang yg berilmu). Mereka ini diberi keutamaan lantaran taqwa mereka secara khusus seperti firman ASWT: “Sesungguhnya yang takut kepada ASWT diantara hamba-hambanya hanyalah ‘ulama.” (Al-Fathir:28) [Mohd Ali Hashimi, Keperibadian Muslm, ms 69]