Nasihat buat Luqman

 
Berkenaan masalah yang dikemukakan, eloklah kita cuba kembali kepada tauhid kita dengan Allah swt.  Bisikkan pada hati kita bahawa hati ini beri'itiqad/berpegang teguh dengan penuh keyakinan bahawa Allah swt yang maha berkuasa itu berada di mana saja kita berada; Dia melihat dan mengetahui semua yang ghaib/terlindung maupun yang nyata.  Hatta apa saja yang terlintas di hati kita diketahuiNya.  Kita juga beriman dengan penuh yakin kepada ayat-ayatNya di dalam KitabNya, AlQuran, yang mem- beritahu kita bahawa di kiri kanan kita sentiasa ada malaikat pencatit yang mengetahui apa saja yang kita lakukan dan mencatitnya.  Kita juga yakin dengan apa yang dikha- barkanNya di dalam KitabNya bahawa di sana ada Hari Akhirat/Hari Pembalasan yang kekal di mana semua 'amal baik & jahat kita dihisab di hadapan Allah dan kita akan dibalas samada syurga atau neraka.

Jika keimanan/keyakinan dengan hakikat-hakikat ini telah kuat bersemadi di hati kita, maka itulah kekuatan dalaman kita yang berupa satu hubungan hati yang sedar dengan Allah Rabbul-Jalil untuk menolak semua gangguan & godaan syaitan jin dan syaitan manusia, godaan persekitaran yang penuh jahiliyah.

Untuk tujuan ini hati kita amat perlu kepada bantuan dan bekalan supaya ia tidak lalai & cuai daripada terus menerus berhubung dengan Allah swt secara sedar.  Oleh itu hati kita amat berhajat kepda siraman ruhani dari bacaan & tadabbur ayat-ayat AlQuran, ia berhajat kepada nasihat & bimbingan dari kalangan orang-orang yang beriman & ber- 'amal soleh agar kesegaran dan kekuatannya sentiasa diperbaharui dan dipelihara.
Hati kita ini amat memerlukan bekalan rohani dari 'amal 'ibadah kita yang wajib & yang sunat, dari wirid, do'a dan munajat kita kepada Allah swt.

Hati kita amat berhajat kepada suasana yang paling baik/soleh yang 'conducive' untuk ia terus mengingati Allah.  Oleh itu kita wajib berusaha mewujudkan atau sekurang- kurangnya mencari suasana ini seperti majlis-majlis ilmu dan nasihat/tazkirah atau halaqat & ijtima' dan sebagainya supaya ia lembut dan mudah menerima nasihat, kasih kepada Allah, Rasul & Islam serta benci kepada jahiliyah.

Sebagai manusia kita juga dikurniakan 'aqal & pemikiran, maka kita perlu sibukkan pemikiran kita dengan bahan-bahan bacaan, perbincangan/diskusi, pembelajaran & pengajian ilmu-ilmu yang boleh mendekatkan diri kita dengan Allah.  Pengajian aka- demik kita pun jika kita niatkan kerana Allah untuk Islam merupakan satu 'ibadah dan akan diberi ganjaran pahala.  Sebaliknya jika pemikiran kita disibukkan dengan pem- bacaan, pendengaran, pemandangan dan tontonan yang tidak islamik, yang menaikkan nafsu syahwah maka hati kita akan diasyikkan supaya menggemari perkara-perkara maksiat dan akan lalai dari mengingati Allah.

Oleh kerana hati & 'aqal kita berada dalam badan/jasad kita maka aggota badan kita pun perlu disibukkan dengan aktiviti-aktiviti yang menyegarkan & menyihatkan serta menceriakannya sesuai dengan kehendak Islam.  Aktiviti riyadhah, ziarah, bina kema- hiran berfikir, kemahiran memanah/menembak, menonggang kuda dan sebagainya adalah berfaedah.

Manusia dijadikan untuk hidup bermayarakat, oleh itu kita amat lemah jika bersen- dirian, kita akan merasa kuat jika bersama dengan sahabat-sahabat kita.  Lantaran itu, dampingilah sahabat-sahabat kita dari kalangan orang-orang yang beriman dan ber- 'amal soleh.  Di situlah dapat kita bina suasana-suasana yang soleh bagi hati dan diri kita.

Ingatlah: We are here in this world to please ALLAH swt.  We are not going to please someone close to us, or someone in front of us, or someone next to us.  We are not going to please anyone but ALLAH swt.

Akhuka fillah:
Abu 'Iyadh AbdRahman AlYunusi
KE LAMAN UTAMA