Oktober 5, 1998.

Apabila tertegak sistem Islam, akan tertegaklah keadilan, akan tercampaklah kezaliman dan akan terhindarlah penganiayaan serta penindasan. Umat Islam memang telah tertindas di merata dunia cuma mungkin tidak kita rasai dan hayati kerana ianya jauh dari kita dan kita tidak mendapat maklumat mengenainya. Malah keadilan memang telah runtuh sejak dulu tetapi tidak kita rasai kerana kezaliman tidak pernah menonjol seperti yang ada hari ini. Atau kerana kezaliman yang berlaku tidak menyentuh keluarga, sanak saudara dan orang yang kita hormati, kasihi maka kita tidak merasai hilangnya keadilan. Saya kira di sinilah peranan kita. Keadilan hanya akan tertegak apabila Islam tertegak di tempat yang sepatutnya. Tanpa Islam, tidak akan ada keadilan. Seadil manapun seorang hakim, jika sesuatu sistem itu tidak Islmik, dia tidak akan mampu berlaku adil. Dalam keghairahan yang ada inilah kita ingin mengajak seramai mungkin untuk memahami Islam dan menghayati Islam dalam ruang lingkupnya yang sebenar. Jika mereka inginkan keadilan, kembalilah ke pangkuan Islam. Tidak ada pilihan lain. Ini kesempatan yg perlu kita ambil. Keyakinan inilah yang perlu kita sebarkan. Inilah 'Isah' yang memang kita perjuangkan selama ini. Kita mengajak manusia membebaskan diri mereka dari perhambaan kepada sesama makhluk dan mengembalikan perhambaan kepada Pencipta mereka. Saudara, saya tidak mengajak saudara untuk menafikan usaha orang lain. Mereka berusaha dengan keyakinan dan kaedah mereka. Jika mereka ikhlas, insya'Allah usaha mereka akan diganjari. Bagi kita, kita ada 'amal yang lebih besar, yang menjadi tuggak usaha kita.


Wallahu'alam. Maaf kiranya ada kesilapan. Semoga ALlh terus memandu perjalanan kita.

DR. SAMSUL PUTRA



QUOTES & COMMENT



KE LAMAN UTAMA


powered by lycos Search: Tripod The Web