PUISI RAKYAT

November 12, 1998

         

Khabarnya Istanamu....Pastinya Rumahku....

Khabarnya Istanamu Terletak di kawasan strategi di Putra Jaya Pastinya Rumahku Terletak di atas tanah bekas lombong di Subang Jaya Khabarnya Istanamu Tersergam indah tentunya penuh dengan khazanah Pastinya Rumahku Terturun rendah kerana mendapan tanah Khabarnya Istanamu RM200 juta harga permulaan Pastinya Rumahku RM600.00 terpaksa bayar bank bulan-bulan Khabarnya Istanamu Ada "Japanese Garden" yang tanahnya diimport dari Jepun Pastinya Rumahku Aduh...buruk binaannya macam kubu tentera Jepun Khabarnya Istanamu Tebal dinding saja sudah satu kaki Pastinya Rumahku Retak di dinding saja dah berkaki-kaki Khabarnya Istanamu Langsir berjuta-juta buatan Paris Pastinya Rumahku Langsir 10 tahun tak tukar kerana pulus habis Khabarnya Istanamu Pintu dibina tahan segala jenis senjata Pastinya Rumahku Pintu akan roboh bila ditendang perompak bersenjata Khabarnya Istanamu Untuk keselamatan "secret passage" dibina khas Pastinya Rumahku Untuk makanan "secret passage" dibina oleh tikus buas Khabarnya Istanamu Ada "bunker" yang tidak boleh dikesan satelit Pastinya Rumahku Anai-anai membina "tunnel" yang berbelit-belit Khabarnya Istanamu "On-line" dan "paperless" dibina khusus Pastinya Rumahku Air dan api selalu terputus-putus Khabarnya Istanamu Adakah ianya dijadikan terus PIRAMIDMU????!!!! Pastinya Rumahku Alhamdulillah ianya adalah SYURGAKU.
Nukilan AJA ALSA Kelana Maya Aligra


KE LAMAN UTAMA