Make your own free website on Tripod.com

Sekalung PUISI buat Papa Merga


November 9, 1998

EKSPRESSI


     Apabila semua pekung terbuka
     Apabila semua tembelang terbelah pecah
     Apabila penipuan dan pembohongan terbongkar
     Apabila semua pakatan telah diselongkar
     Apabila penginayaan tidak boleh dikekang lagi
     Apabila kejahatan memadam semua kebaikan
				
          Maka pengadilan tidak memberi apa-apa makna lagi
          Sekadar sendiwara Patail Bersaudara
          Keputusannya sudah pun diketahui
          Cuma belum diumumkan lagi
		
     Namun masih ada secebis harapan
     Pun bukan untuk dibebaskan
     Sekadar mungkin bangkai gajah terangkat nyirunya

          Apabila semuanya tidak boleh dipercayai lagi
	  Maka tidak ada yang lebih patut dari berhenti
	  Bahkan lebih patut lagi kalau mati
          Papa Merga memang patut mati.


     Karya:

	  Jurugan Klangman (Sepupu Jurgan Klinsman)
	  Berlin Timur


KE LAMAN UTAMA