SUMPAH DAN AIRMATA                     

November 5, 1998


     Pada saya isu pemecatan Anwar perlu diberi perhatian berat.  Bukan saja ia merupakan satu
sejarah pilu terbesar kepada negara, tetapi kerana timbulnya beberapa hal yang tidak masuk akal
disebalik pemecatan itu.  Alasan dan dakwaan yang dihemburkan itu bukan saja amat melampau, dan 
bertujuan untuk merosakkan karier politik Anwar, tetapi ianya juga turut menjejaskan kredibi-
liti kepimpinan Islam dan juga keperibadian bangsa Melayu.  Tidak dapat tidak, apabila seorang
pemimpin yang tercermin dengan imej Islam dan mempunyai jatidiri yang kuat, apabila beliau di-
sangkutkan dengan dengan soal-soal rendah moral ia turut memalitkan imej yang buruk kepada 
bangsa dan agama.

     Bertolak dari keadaan itu maka kita merasakan seperti ada sesuatu perancangan yang begitu 
canggih dalam penyingkiran TPM dan TP UMNO itu.  Bagi saya penyingkiran ini sama dengan modus 
operandi untuk memasukkan Anwar ke dalam UMNO 16 tahun lalu.  Cuma perbezaannya perancangan 
'mensyahadatkan' itu disetujui oleh beliau, manakala perancangan untuk 'memurtadkan' ini tidak
disenangi.  Itu sahaja kelainannya, tetapi maksud dan tujuannya sama iaitu untuk kepentingan 
orang tertentu.

     Perancangan untuk membawa masuk Anwar ke dalam UMNO 16 tahun lalu atas motif untuk 
melemahkan gerakan Islam dan sekaligus menjadikan Anwar sebagai alat untuk menentangnya kerana 
gerakan Islam ketika itu begitu dominan dan mendapat tempat.  Sementara perancangan menyingkir
-kan beliau awal bulan lalu juga mempunyai tujuan dan maksud tersendiri.  Apa yang dapat di-
lihat, ia didalangi oleh musuh-musuh Islam dengan memoeralatkan pihak-pihak tertentu yang 
merasai bimbang dengan prinsip dan idealisme perjuangan Anwar boleh mengganggu agenda peribadi
mereka.  Mereka amat takut dengan kenaikan Anwar dan justeru Anwar harus dihapuskan dengan apa
cara sekalipun.

     Terus terang dikatakan saya bukan taksub untuk membela sesiapa.  Dan setiap pembelaan itu 
hendaklah berasaskan kebenaran mutlak, dan bukannya kerana tuntutan-tuntutan lain, seperti 
keterpaksaan untuk menjaga kepentingan diri, kedudukan pangkat ataupun sebagainya.  Itu tidak
menjadi masalah dan juga perhitungan utama kepada saya.  Malah Anwar pernah menjadi mangsa 
kritikan saya lama sebelum ini.

Sedutan dari muqaddimah MOHD SAYUTI OMAR dalam buku terbarunya
SUMPAH DAN AIRMATA Reformis Bangsa.

Komen Penyunting: Patut dibaca oleh setiap pencinta keadilan



KAITAN 1     KAITAN 2     KE LAMAN UTAMA