Make your own free website on Tripod.com
Oktober 27, 1998.

PEMIKIRAN LATERAL

Prof. Dr. Abdullah b. Hassan ahassan@pc.jaring.my

Pada masa ini ada seruan supaya kita warga kelas menengah Melayu yang berfikiran lebih objektif dan rasional ini memberi respons kita kepada apa yang berlaku dalam pimpinan UMNO melalui pilihanraya. Saya yakin, seperti kita juga, semua golongan orang Melayu daripada semula kelas memang menunggu nunggu pilihanraya untuk merakamkan respons mereka ke dalam bentuk undi.

Saya bersetuju dengan aktivis sosial Sdr. Rustam Sani yang mengatakan pada masa ini terdapat dua golongan, iaitu mereka yang pro-Anwar dan mereka yang anti-Mahathir, saya sendiri melihat bahawa golongan anti-Mahathir ini sekarang lebih besar jumlahnya, dan pengaruh politik mereka juga jauh lebih besar sekarang kerana mereka terorganisasi melalui GERAK sebagai kenderaan mereka.

Golongan-golongan anti-Mahathir ini memang sudah lama wujud, tetapi kini pengaruh mereka tiba-tiba menjadi amat berpotensi disebabkan adanya faktor pemecatan dan layanan buruk ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim. Akhir-akhirini, melalui aktiviti mereka, pemimpin-pemimpin anti-Mahathir sudah mencipta satu golongan ketiga pula, iaitu simpatisan Anwar, golongan yang kesihan kepada Anwar. Majoriti penyokong UMNO di peringkat akar umbi kini menjadi golongan ketiga ini.

Kebnayakan golongan simpatisan Anwar ini ramai yang terdiri daripada kaum wanita, dan kaum wanita diketahui mempunyai daya pengaruh peribadi ke atas anggota kaum keluarga dan sahabat handai mereka sendiri.

Saya meramalkan dalam pilihanraya akan datang jumlah kerusi Pas di negeri dan federal akan naik, bukan kerana banyaknya undi yang diterima oleh PAS daripada golongan pro-Anwar, tetapi kerana banyaknya undi daripada golongan simpatisan Anwar di kawasan-kawasan pilihanraya yang kini dalam tangan UMNO.

Saya meramalkan hasil pilihanraya akan datang memaksa UMNO berbaik-baik dengan Pas dan berkongsi kuasa dengan Pas untuk terus memerintah. Pada waktu itu, "it will be on Pas's terms" (UMNO mesti mengalah pada syarat PAS).

Dan saya meramalkan, UMNOlah yang akan memulakan inisiatif mahu berbaik-baik dengan Pas, bukan sebaliknya. Pada tahap itu pun nanti saya ramalkan UMNO sudah menghadapi sedikit masalah apabila hendak memilih beberapa nama wakil dan jurucakap rasmi UMNO untuk menemui pimpinan Pas.

UMNO perlu menghantar tokoh yang peribadinya dapat dihormati dan kata-katanya dapat dipercayai oleh Pas, dan di kalangan barisan pimpinan tertinggi UMNO sekarang, PAS tidak melihat sesiapa yang peribadinya boleh diterima olehnya.

Dan saya juga meramalkan, selepas tokoh-tokoh UMNO mengucapkan apa yang tidak sepatutnya diucapkan, dan selepas UMNO melakukan apa yang tidak sepatutnya dilakukan ke atas PAS, ulamak dan islam, perundingan UMNO-PAS dijangka tidaklah mudah. Pas tetap akan memegang kad-kad yang lebih besar dalam perundingan itu.

Pas akan meletakkan syarat-syarat ideologikal yang mesti dipenuhi oleh UMNO. Saya meramalkan Pas juga akan meletakkan syarat pada UMNO bahawa beberapa tokoh di dalam UMNO tidak boleh diterima oleh Pas bagi tujuan membentuk kabinet campuran.

Saya juga meramalkan, Pas akan mahukan tokoh UMNO tertentu sahaja yang boleh diterima oleh Pas bagi tujuan sebarang bentuk kabinet campuran.

Benarkah DS Anwar berdosa kerana membawa "perpecahan" di kalangan orang Melayu - ini mungkin ada betulnya. Namun, ditinjau dari satu segi, pada masa sekarang orang Melayu sudah sedia "terpecah" antara Pas dan UMNO. Saya ramalkan akibat konflik dalam UMNO hari ini, apa yang berlaku sekarang akan menghasilkan kerjasama pemerintahan PAS-UMNO, dan kerjasama seperti itu akan mencipta perpaduan di kalangan orang Melayu sebagaimana yang sudah sekian lama diharap-harapkan oleh orang Melayu.

Berkenaan apa yang sedang berlaku sekarang dalam UMNO, apabila kita melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu mencipta logik-logiknya sendiri, di mana, pada masa itu kita mungkin tidak dapat hendak mengawal lagi akibat-akibat daripada tindakan itu.

Inilah yang dikatakan "sekarang ini, bukan pengail yang menarik ikan keluar dari air, sebaliknya ikan pula yang menarik pengail masuk sungai".

 

PEMIKIR LATERAL

26 .10. 1998

(Apa yang tercatit adalah pemerhatian dan pandangan penulis)


KELAMAN UTAMA