Make your own free website on Tripod.com
MASALAH Y2K: PANDANGAN SEMULA
Oleh: Wan Arif Wan Mohamad

April 19, 1999


Tertarik hati untuk beri sedikit ulasan pasal Y2K.

Ada kebenaran yg Ban Dunya(@yaho@sepertinya) mengambil kesempatan 
dalam krisis ini untuk jerut leher.

Pada pandangan saya, masaalah sebenar Y2K bermula dengan programmer 
dahulu kala yg ambil shortcut dalam mendefinasikan Date. Contohnya, 
guna 16/04/99 instead of 16/04/1999. Bandingkan kita sendiri yg 
menulis atas kertas. Mungkin kita tulis lagi pendek 16/4/99! Semua 
orang akan faham (kata hati kecik kita)...kenapa nak tulis panjang-
panjang. Begitulah juga cara programmer berinteraksi dengan komputer. 

Ini adalah satu bentuk sifat manusia yg natural(fitrah?) dan kesannya 
kita dapat lihat sekarang. Ada yg terlalu gawat dalam isu ini dan ada 
yg terlalu ambil mudah.

Sebab-sebab sampingan pula ialah nak jimatkan processing power dan 
hard disk space dan sebagainya.

Adalah sungguh tidak tepat untuk mengaitkan masaalah 'sebenar' Y2K 
dengan konspirasi pihak tertentu. Pada pendapat saya ia adalah 
sebahagian dari kelemahan akal manusia dan manusia juga yg dibekalkan 
akal untuk menyelesaikannya. Ia adalah isu kontemporari, masaalah 
'teknikal' yg dihadapi oleh umat 2000, tersirat dalam semua bentuk 
alat yang bergantung secara kritikal kepada tarikh yang betul.

Tidak dinafikan ada segelintir manusia yang mengambil kesempatan 
untuk mengaut keuntungan material yang sedikit dengan mereka-reka 
cerita yg berlebih-lebihan dan tak masuk akal. Isu ini sudah di kesan 
seawal-awal tahun 1995 lagi, tapi tidak di ambil kisah dan di tangguh-
tangguh penyelesaiannya sehingga minit-minit terakhir dan sudah tentu 
ada yg menunggu untuk 'menangguk di air keroh', samaada di rancang 
rapi atau tidak.
Wallahu'alam. w/w. dari, ex-project manager - Y2K, Sapura Advanced Systems.