BEKALAN JIWA

Sumbangan: Wan Arif
Firman Allah swt;
Maksudnya: "Hendaklah kamu mencari bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu ialah taqwa."
 
Orang-orang yang faham akan hal ini akan bekerja dan berusaha dalam keadaan sentiasa memandang ke alam Baqa' ini, memandang dan memikirkan apakah kesudahannya selepas menempuh perjalanan hidup yang begitu jauh. Kemanakah dia akan sampai? Apakah kesudahannya  sampai ke neraka jahannam, maka bencana baginya amat besar atau kesudahannya ke syurga Jannatul Naim yang sentiasa dirahmati oleh Allah swt dan di dalam pemeliharaanya.
 
Sesungguhnya kejahilannya tentang kesudahan dan tempat kembalinya itu meletakkan dia dalam keadaan takut kepada Alla swt serta penuh harapan bagi mendapat rahmatnya. Tetapi apa yang harus difahami bahawa takut itu adalah takut yang lahir daripada orang yang mengenali Allah, bukan orang yang tidak mengenali Allah. Pengharapan rahmat itu lahir daripada orang yang taat yang melaksanakan perintah dan tuntutan-tuntutan Allah, bukan daripada orang yang lalai dan mencuaikan perintah-perintahNya.
 
<bersambung >