KEPERLUAN MENUNTUT ILMU

sedutan buku
Seseorang muslm itu mesti yakin bahawa menjaga dan memelihara akal dengan ilmu
dan mempergunakan akalnya untuk mencari nikmat Allah adalah satu perkara yang
wajib kerana RSAW bersbda: 
"Mencari ilmu adalah wajib ke atas setiap muslm.” (HR Ibn Majah)

Ringkasnya, seseorang muslm itu wajib:
1. berusaha memelihara akalnya dengan ilmu dan makrifat
2. memeliharanya dengan terus-menerus, tidak berhenti selagi hayat dikandung
badan, selagi jantung masih berdenyut.

Hujah diatas diperkuatkan lagi dengan firman ASWT yang memerintahkan agar kita
terus-menerus di dalam menuntut ilmu dan Dialah yg meninggikan darjah ‘ulama
(orang yg berilmu). Mereka ini diberi keutamaan  lantaran taqwa mereka secara
khusus seperti firman ASWT:
“Sesungguhnya yang takut kepada ASWT diantara hamba-hambanya hanyalah ‘ulama.”
 (Al-Fathir:28)
 
[Mohd Ali Hashimi, Keperibadian Muslm, ms 69]